Mendengar dan memerahati, harapan dan kenyataan

Selasa, 31 Mac 2009

RAKYAT PAKAT HUMBAN BN DALAM GAUNG

Amat payah untuk BN dapat menguasi dua bukit yang menjadi idaman mereka. Dalam tinjuan rambang yang dibuat terhadap orang ramai yang ditemuai mereka memilih untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Mereka berpendapat Parlimen Bukit Gantang bakal dimenangi oleh calun PAS YB Dato Nizar Jamaluddin dengan majoriti yang lebih besar.

Manakala calun bagi DUN Bukit Selambau bakal dimenangi oleh S. Manikumar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau adalah seorang ahli perniagaan dan masih muda dan berumur 35 tahun.

Pembuangan undi dua bukit bakal diadakan serentak iaitu pada 7 April 2009. Jangan lupa tunaikan kewajiban anda, semogga kita berjaya dan kepada semua petugas-petugas dan penyokong kami ucapkan syabas dan terima kasih.

Beri salah, tak beri kalah keduanya serba salah
7 April Rakyat pakat senyum dan terus belasah. Pastikan mereka akan terus kalah.

Sabtu, 14 Mac 2009

IMEJ UMNO SEMAKIN BURUK

Kuala Lumpur 13 Mac 2009 - Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk " Umno corrupt, says survey".

Di dalam tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 yang ditemuramah itu, masa depan Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi. Hanya satu peratus yang ditemuramah berbangsa Cina dan tiga peratus yang ditemuramah berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.


Lebih buruk lagi, tidak ada seorang pun yang ditemuramah berbangsa Cina yang percaya Umno akan melaksana dan menunaikan janjinya walaupun satu peratus di kalangan mereka yang menaruh harapan kepada Umno untuk membangunkan negara ini. Tinjauan pendapat itu juga jelas memperlihatkan imej Umno semakin buruk.


Khamis, 12 Mac 2009

NAJIB PERLU SELESAIKAN POLITIK PERAK

Lanjusoh Thu Mar 12, 09 12:53:19 pm
Kota Bharu, 12 Mac 2009 (Harakah) - Dato' Seri Najib Razak wajar menterjemahkan saranannya yang mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik supaya terlebih dahulu memulihkan kegawatan politik di Perak.

Ini kerana Timbalan Perdana Menteri itu dilihat banyak pihak sebagai orang yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di luar lunas demokrasi. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin terbabit perlu mempamerkan keikhlasannya bagi meredakan kecamukan politik di Perak dengan memohon kepada istana supaya dibubar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.


Katanya, tiada cara lain lagi dalam situasi sekarang di Perak kerana pertembungan menggunakan undang-undang tidak boleh memuaskan hati semua pihak melainkan dikembalikan semula mandat kepada rakyat. "Saya hairan kerana banyak pihak menunding jari ke arah Timbalan Perdana Menteri sebagai pencetus kepada krisis yang berlaku di Perak sekarang.


"Jadi bagaimana dengan mudah beliau mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik bagi memberi fokus kepada perkembangan ekonomi dan rakyat," katanya di sini. Semalam Najib dilaporkan mengajak Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik untuk bersama-sama kerajaan persekutuan memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat.


Beliau mengajak semua pihak supaya berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, biarpun ucapan Menteri Kewangan ketika membentang mini bajet kelmarin kelihatan bernas, namun pemulihan politik di Perak patut menjadi keutamaan kerana ia turut memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.


Menurutnya juga peruntukan yang disediakan bagi merangsangkan ekonomi negara begitu besar dan ia perlu digunakan secara telus dengan mengamalkan tender terbuka dan bukannya mengutamakan kroni. "Semua tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka, berasaskan merit, dan track record syarikat yang diberi kontrak kerajaan bagi memastikan ia mendatangkan manfaat kepada rakyat dan bukan segelintir pihak sahaja," katanya.


Mengenai bon syariat yang diumumkan dalam mini bajet tersebut bagi memperkasakan ekonomi Islam, kata beliau sepatutnya kerajaan melihat dalam konteks yang lebih luas mencakupi akidah Islam. "Apa salahnya selain tumpuan kepada ekonomi Islam, kerajaan pusat juga mengutamakan akidah Islam sebagai dasar bagi memulihkan seluruh sistem dalam masyarakat termasuk aspek sosial dan keadilan di Malaysia," katanya.


Menurut beliau titik pertemuan tiga bangsa utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India hanya dapat disatukan melalui akidah dan syariat Islam. Kata beliau sekiranya kerajaan sukar untuk melihat contoh pelaksanaan pentadbiran berasaskan Islam, modelnya sudah ada di Kelantan sekarang.


Antaranya penghapusan judi, larangan hiburan melampau, sistem pajak gadai Islam (al Rahn), bantuan Ladang Rakyat, skim Takaful Armalah dan Takaful Kifaalah sudah dilaksana di Kelantan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, program kebajikan itu diterima semua kaum di negeri ini.


Katanya juga Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah mengagungkan sesuatu bangsa melainkan menjadikan Islam sebagai teras kepada perpaduan nasional dan keadilan sejagat.


Arkib ucapan pemimpin : Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat - Kerajaan haram di Perak

Selasa, 10 Mac 2009

SOKONGAN YANG SERUPA

'Kita punya pandangan serupa dengan GMP' - Nik Aziz
Harakahdaily Wed Mar 11, 09 9:20:43 am
Kota Baharu, 11 Mac 2009 (Harakah) - Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu penglibatan parti pembangkang dalam himpunan 100,000 anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) 7 Mac lalu bukan bertujuan mengambil kesempatan tetapi kerana mempunyai pandangan sama terhadap isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata disebabkan kedua-dua pihak iaitu pembangkang dan GMP mempunyai aliran yang sama maka berlakulah himpunan besar-besaran itu secara serentak.
"Ya lah, aliran pemikiran serupa, mana ada manusia yang cintakan bahasa tidak mahu masukkan ilmu Sains dan Matermatik dalam bahasa Melayu, kami pembangkang juga setuju," katanya yang dipetik daripada laporan agensi berita.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penglibatan PAS dalam himpunan dan perarakan membantah pelaksanaan PPSMI dari Masjid Negara ke Istana Negara.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata himpunan itu diadakan kerana kerajaan tidak mempeduli bantahan yang dibuat oleh orang ramai berhubung isu PPSMI. Beliau menyifatkan kerajaan tidak memahami dengan kehendak pejuang bahasa yang mahu bahasa Melayu diutamakan sehingga sanggup menuduh GMP diperalatkan pembangkang.

Dua hari lepas, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI pada Sabtu jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.

Sabtu, 7 Mac 2009

RAKYAT BERSATU TUNTUT PERUBAHAN

najib.daud@utusan.com.my
Petaling Jaya 7 Mac 2009 - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana terdapat desakan kuat terutama daripada orang Melayu mengenai isu tersebut dan satu keputusan segera mengenainya perlu dilakukan.

"Saya mahu isu ini diselesaikan segera dan jika dilengah-lengahkan, pelbagai tekanan dan tindakan akan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan ia jadi lebih besar," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Dragon Fire Hammer , tulisan Adam Umemoto yang berusia 14 tahun di sini hari ini. Perdana Menteri diminta mengulas kontroversi PPSMI yang semakin memuncak apabila 5,000 orang berhimpun dan berarak membantah pelaksanaannya dari Masjid Negara ke Istana Negara, petang ini bagi menyerah memorandum kepada pihak istana.

Perarakan yang tidak mendapat permit dan kebenaran itu bertukar menjadi kecoh apabila arahan polis supaya mereka bersurai tidak diendahkan ada segelintir peserta yang bertindak diluar batasan termasuk melakukan provokasi terhadap anggota pasukan keselamatan.

Sehubungan itu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Mahameru kerana laluan terpaksa ditutup dari kedua-dua arah.

Dalam hubungan ini Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO terbabit bagi membincangkan perkara itu. Namun kata beliau, kementerian tersebut masih belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil.

Katanya, kementerian berkenaan boleh menjadikan keputusan peperiksaan lalu untuk dijadikan asas bagi menentukan pelaksanaan PPSMI itu. "Dengan cara itu saya berharap ia akan menjadi satu keputusan yang adil kepada semua kaum dan bagi mengukuhkan kepentingan pendidikan masa depan,'' katanya.

                      Arkib ucapan pemimpin : Dato Zainal Kling - Hilangnya Ilmiah dalam Bahasa Melayu akibat PPSMI

                      Jumaat, 6 Mac 2009

                      ESOK ULANGI ASPIRASI 'KERANDA 152'

                      Fri Mar 06, 09 10:19:58 am (Azamin Amin)
                      KUALA LUMPUR, 6 Mac (Harakah) - Himpunan raksaksa 100,000 membantah PPSMI yang akan diadakan esok dianggap sebagai kelangsungan perjuangan rakyat dan para pejuang bahasa yang bersungguh-sungguh mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan sebagai satu pengulangan himpunan 'Keranda 152' yang pernah diadakan pada 3 Mac 1967 atas matlamat yang sama.

                      Dato' Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat mengajak orang ramai khususnya ibu bapa yang sayangkan masa depan anak-anak mereka dan tamadun bangsa untuk hadir ke Himpunan esok bagi menyatakan semangat untuk melihat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa tamadun dijunjung dan sentiasa dihormati.

                      "Perjuangan dan himpunan esok jauh lebih lebih hebat daripada perarakan 'Keranda 152' namun Gerakan Mansuhkan PPSMI mengambil aspirasi dan inspirasi daripada perjuangan itu. Kita tidak mahu apa yang diperjuangkan selama 45 tahun nak dihapuskan sekarang dan merosakkan masa depan generasi akan datang.

                      "Ibu bapa bawa anak-anak mereka. Para pendidik, guru dan semua lapisan masyarakat yang tahu nilai bahasa Melayu yang telah berjaya membina tamdun di Nusantara ini termasuk yang dekat dengan masalah penggunaan dasar PPSMI yang mengakibatkan ramai pelajar tercicir," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

                      Katanya perjuangan dan matlamat himpunan esok adalah untuk memastikan anasir-anasir jahat dan yang tidak bertanggungjawab yang mahu merobohkan peradaban yang telah dibangunkan sejak sekian lama. "Jangan dipedulikan parti politik yang mahu pertahankan bahasa Inggeris dan abaikan bahasa melayu.

                      "Dan esok, jangan pula biarkan rakyat dan pejuang-pejuang bahasa berhimpun hanya dibawah pokok sahaja akibat sekatan dan halangan pihak yang tidak senang dengan perjuangan ini. Ayuh datang beramai-ramai, semarakkan himpunan esok, tunjukkan bahawa Bahasa Melayu juga hebat sebagai bahasa ilmu!" katanya dengan penuh nada semangat.

                      Isnin, 2 Mac 2009

                      97 PERATUS UNDI SOKONG SIDANG DUN

                      Harakahdaily Mon Mar 02, 09 9:53:47 am
                      Kuala Lumpur, 2 Mac 2009 (Harakah) - Keputusan Undian SMS yang dikendalikan oleh NTV7 melalui berita '7 Edition' baru-baru ini bertajuk "Apakah Sidang Tergempar SAH?" mendapat respon yang begitu mengejutkan.

                      Dalam undian terbabit hasilnya secara keseluruhan, 97 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa sidang tergempar DUN itu sah diadakan esok sungguhpun Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menyanggah keputusan Speaker DUN Speaker DUN Perak, V.Sivakumar.

                      Kata Najib ianya tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu sedangkan sebelum ini tanpa menunggu keputusan mahkamah, beliau menyokong dan bersetuju melantik Dato' Dr Zambry sebagai menteri besar yang baru. Difahamkan terdapat tiga faktor untuk Speaker memanggil Sidang DUN tergempar ini tanpa memerlukan perkenan Sultan.

                      Pertama, beliau telah mendapat dua notis usul daripada dua ADUN Perak untuk dibincangkan segera iaitu Usul pertama oleh Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong) yang mahu ahli dewan memberikan sokongan kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

                      Manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (ADUN Teja) yang mahu DUN dibubarkan bagi memberikan laluan kepada rakyat memilih melalui pilihanraya. Kedua, sidang DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan boleh disambung semula tanpa perlu lagi perkenan sultan maka speaker berhak untuk memanggil sidang tergempar sebagaimana Sidang Parlimen berhubung isu Palestin yang diadakan baru-baru ini tidak pun perlu mendapat perkenan Agong terlebih dahulu.

                      Ketiga, sidang DUN tergempar ini tidak perlu diberikan notis 14 hari seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan Tetap 27 (3) Peraturan Peraturan Tetap DUN Perak kerana notis itu hanya untuk persidangan biasa bukan tergempar.