Mendengar dan memerahati, harapan dan kenyataan

Selasa, 9 Jun 2009

UMNO LEMBAB, PAS MULAI KEMPEN


Seorang pemimpin Umno bahagian Kuala Krai mendakwa jentera piliharayanya "belum melakukan sebarang kerja" bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, 14 Julai ini.

Seorang ahli jawatankuasa bahagian yang enggan dikenali berkata, pucuk pimpinan parti sebaliknya lebih gemar mengadakan mesyuarat sejak kematian penyandang kerusi tersebut Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.“Kalau tidak silap, sudah adakan mesyuarat sebanyak 14 kali tetapi kerja belum buat lagi."Kita masih bercakap mengenai rumah sewa mahal dan wang ringgit untuk perbelanjaan pilihanraya Manek Urai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Orang Umno ini suka membuat kerja pada saat-saat akhir, tidak macam orang PAS kerja tidak mengira waktu."Beliau berkata, jentera pilihnaraya PAS dari seluruh negara sudah datang ke Manek Urai sejak beberapa minggu lalu."Mereka terus pergi ke kawasan-kawasan kuat PAS berjumpa orang kampung memujuk supaya terus mengundi PAS."Yang lain pula datang memberi bantuan kepada PAS Manek Urai untuk menghadapi pilihanraya ini," katanya.

Sementara itu, bekas ADUN BN Manek Urai, Mohd Zulkipli Omar menegaskan kembali bahawa BN memerlukan calon seperti Ismail, juga dikenali Pak Su Wel, untuk menang dalam pilihanraya kecil itu."Pak Su Wel wakil rakyat orang kampung, boleh bersila atas lantai di rumah orang kampung," katanya."Umno kena cari Pak Su Wel, baru boleh menang di Manek Urai. Kalau tiada, Umno tidak akan menang."

Sumber : Malaysiakini

Rabu, 3 Jun 2009

MUKTAMAR PAS KE55

SILA KLIK DISINI : MUKTAMAR PAS KE 55 LIVE

PELAKON POLITIK BERTUKAR WAJAH

Kuala Krai, 3 Jun 2009 - Biasanya orang yang berlakon drama atau filem digelar sebagai artis. Tetapi jarang pula orang melihat pemimpin politik juga pandai berlakon.

Bukannya sekadar Joseph Estrada atau Ronald Reagen yang pandai berlakon, tetapi di Malaysia juga pelakon-pelakon politik akan muncul setiap kali menjelang pilihan raya diadakan.

Kalau ketika kempen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005, Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional ketika itu, Dato' Seri Najib Razak memakai kain sarung menemui penduduk. Dan kali ini menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai lakonan serupa diulang kembali.

Pelakonnya sekarang iaitu Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dipaparkan gambar sedang menoreh getah milik seorang penduduk di Bukit Budu. Pengerusi Perhubugan KeADILan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, menjelang pilihan raya kecil di Manek Urai sekarang, ramai pemimpin tampil dengan lakonan tersendiri.

"Mengapa sekarang tiba-tiba mahu berlakon menoreh getah dan tidur di rumah penyokong Umno di beberapa kampung di Manek Urai. Sedangkan sebelum ini penduduk miskin dibiarkan. "Kalau hendak berlakon di zaman belum ada media baru mungkin orang boleh terima. tetapi sekarang rakyat di kampung sudah pandai SMS dan tengok internet," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini memaparkan gambar Ketua Penerangan Umno sedang menoreh getah di milik kebun milik seorang penduduk, Ibrahim Omar di Kampung Budu, Lata Rek. Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, lakonan bermusim sering kali dipamerkan pemimpin Umno tidak mudah mempengaruhi rakyat.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pemimpin Umno terkenal dengan gimik politik yang bersifat sementara setiap kali berlangsung pilihan raya. Katanya, pemimpin Umno sanggup menukar imej ketika berada di kampung dengan memakai kain sarung berjumpa penduduk di kedai-kedai kopi.

Sedangkan katanya, ketika rakyat hendak menemui mereka di Kuala Lumpur begitu sukar sekali sehingga terpaksa membuat temu janji berkali-kali. Sementara itu PAS akan menganjurkan ceramah di Kampung Peria malam ini dijangka dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan anggota Majlis Tertinggi KeADILan, N Gobalakrishnan.
Sumber : Lanjusoh Wed Jun 03, 09 (Harakahdaily)