Mendengar dan memerahati, harapan dan kenyataan

Sabtu, 19 Mei 2012

Hudud: Menghadapi nasib seperti Mat Jenin?

Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata PAS perlu melupakan hasrat untuk mewujudkan negara Islam dan melaksanakan Hudud jika masih tetap bersama dalam pakatan pembangkang. 

"Rakan pakatannya tidak pernah ikhlas dan hanya mahukan kuasa. Kalaulah mendapat kuasa nanti, PAS akan ditendangnya. Hudud PAS hanya akan tinggal angan-angan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur. 



Negara berkebajikan – Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.





Ahad, 13 Mei 2012

Amanat PM sentuh persediaan pilihan raya, transformasi politik

KUALA LUMPUR 20 Nov. 2011 - Amanat khas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, yang julung kali diadakan khas bagi sayap Pemuda dan Puteri di sini hari ini, antara lain menekankan usaha transformasi politik serta persediaan parti menjelang pilihan raya umum akan datang. 

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata, amanat yang disampaikan Najib itu menetapkan rentak bagi membentuk minda dan suasana menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula 29 November ini. 

Amanat itu adalah permulaan yang cukup baik bagi perhimpunan yang akan diadakan nanti, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berkenaan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini. Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, taklimat itu turut menyentuh mengenai strategi untuk menawan negeri-negeri yang Barisan Nasional (BN) kalah, serta usaha mengekalkan kemenangan di negeri-negeri yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas. 

Ahmad berkata, selain itu pada pilihan raya umum akan datang, pengundi muda merangkumi 38.8 peratus daripada 12 juta pengundi, dan mereka berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun, dan memainkan peranan sebagai penentu kemenangan BN pada pilihan raya umum nanti.

Ke arah itu, katanya Pemuda dan Puteri UMNO memainkan peranan penting dalam mendekati kalangan pengundi muda ini. 

Bernama 20/11/2011 10:11pm


Sabtu, 12 Mei 2012

Pelawak jenakakan perhimpunan BERSIH

Ketika orang ramai cuba melupakan kepahitan insiden sekitar perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu, sekumpulan pelawak, antaranya Afdlin Shauki, cuba membuktikan bahawa ketawa masih ubat terbaik.

Jenaka berbentuk parodi itu bagaimanapun mungkin menimbulkan rasa tidak senang untuk segelintir orang. Untuk itu, kumpulan yang menamakan diri mereka "Bangkang dari Longkang" mengingatkan: "Komedi gelap ini dicipta oleh sekumpulan rakyat Malaysia untuk mengetawakan sekumpulan rakyat Malaysia. "Ia menyentuh banyak perkara daripada situasi sehari-hari sehinggakan politik.

Jika anda rasa video ini ditujukan kepada anda, jangan terasa beb!" Menyiarkan di YouTube semalam, video pertama mengkritik sekumpulan gerakan NGO dan demonstrasi secara umum.

Ia melibatkan pelakon Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Johan (Raja Lawak) melakonkan situasi sekumpulan aktivis cuba menganjurkan demonstrasi tetapi gagal mencari tujuannya. 

Ketika berbual tentang pemansuhan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperjuangkan, seorang daripada mereka mencadangkan tuntutan pinjaman untuk motosikal dan kereta kawannya ditambah. 

Aidila Razak (Malaysiakini) 11:18AM Mei 12, 2012

Ahad, 6 Mei 2012

Demo cetus huru-hara haram, kata j'kuasa fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di Sepang.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.

Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.

Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.

"Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya," katanya.

Beliau berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Abdul Shukor berkata muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.

"Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya.

- Bernama


Apa pandangan Dewan Ulamak Pas - Dato' Harun Taib

PANDANGAN DR. MAZA TENTANG DEMO BERSIH