Mendengar dan memerahati, harapan dan kenyataan

Sabtu, 25 April 2009

JANGAN JAJA POLITIK PERKAUMAN SEMPIT?

Oleh HASNURUL MOHAMED utusanpenang@utusan.com.my
BUKIT MERTAJAM 18 April 2009 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah mahu pakatan pembangkang berhenti menjaja sentimen perkauman sebagai bahan kempen terutama pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti nanti.

Arif Shah berkata, ‘permainan’ seperti itu akan hanya membangkitkan perasaan benci-membenci antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Katanya, difahamkan ada pihak mengeluarkan buku mengenai kejadian 13 Mei dan jika buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, ia pasti mengundang keburukan. “Saya bimbang sekiranya buku itu disalah tafsir dalam bahasa Cina, ia akan memainkan sentimen dendam pula.

“Kalau kita berkempen, biarlah secara tertib dan apa yang dijanjikan kepada rakyat, kotakanlah,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Kebajikan Bersama Warga Emas Lelaki dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bertemakan Ekspedisi Ke Cameron Highlands anjuran Pusat Khidmat dan Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat Pulau Pinang di Pusat Khidmat ADUN Seberang Jaya di sini hari ini.

Arif juga berpendapat, pakatan pembangkang sebenarnya tidak menghormati pilihan pengundi kerana mudah menukar dan menerima penarikan diri wakil-wakil rakyat yang bertanding atas tiket PKR.

Arif yang berpengalaman sebagai seorang wakil rakyat berkata, menjadi tugas dan tanggung jawab wakil rakyat yang dipilih oleh para pengundi bekerja untuk rakyat dan bukannya untuk diri sendiri.

Arkib video forum Dato Nizar : Politik perkauman sempit

Jumaat, 24 April 2009

SAYA TAK PEDULI

Saya tak peduli komen Tun M: Nazri

Kuala
Lumpur (BH-24April 2009): Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata beliau tidak mempedulikan komen Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak dilantik sebagai menteri dan menegaskan masih memegang jawatan itu sehingga kini.

Beliau berkata, pandangan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu tidak lagi relevan dan menganggap beliau sudah 'tua' dan tidak perlu diperbesarkan isu itu. "Kamu rasa saya bimbang tentang itu atau terganggu? Tak berbaloi...Apa yang dia (Tun Mahathir) rasa tidak lagi relevan.

"Hari ini sehingga 12.35 tengah hari saya masih menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, tengah hari ini. Semalam, Dr Mahathir secara terbuka menamakan Nazri dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum sebagai dua individu yang pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah dan tidak sepatutnya dilantik semula dalam Kabinet.

AHMAD SAID melihat SMS yang ditunjukkan Setiausaha Politiknya, Wan Ahmad Nizan Abdul Hamid ketika penangguhan Sidang DUN di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Selasa, 21 April 2009

ISLAM PENYELAMAT UMAH


Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO

IPOH 20 April 2009 - Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO walaupun ia bertujuan untuk memastikan kestabilan politik dapat diwujudkan di negeri ini.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meminta Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah terbaik ke arah mencapai kestabilan politik itu.

''Sultan Perak, Sultan Azlan Shah perlu mengembalikan kuasa kepada rakyat dengan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. ''Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO sebaliknya UMNO yang perlu bekerjasama dengan Pas untuk memastikan kestabilan politik di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri mendakwa, amalan demokrasi raja berperlembagaan ialah Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri.

Ditanya mengenai teguran Sultan Perak terhadap kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemarkan institusi diraja, katanya, Pas tidak pernah mengajak rakyat untuk mencetuskan huru-hara.

''Yang mencetuskan huru-hara itu adalah provokasi daripada UMNO sendiri yang menyuruh polis membuat sekatan dan sebagainya. Pakatan pembangkang tidak pernah mengajak rakyat bergaduh dan kita tidak mahu huru-hara berlaku demi kesejahteraan rakyat negeri ini," katanya.


PERANGAI UMNO

Pepatah Arab - Dia yang pukul kita dia yang menangis.
(Dia yang buat angkara dan provokasi, orang ramai akan mengangap kita yang melakukankannya)

Ahad, 19 April 2009

UMNO CANANG MODAL LAMA

Mohd Nor Yahya Sun Apr 19, 09 11:17:28 am
KOTA BHARU, 19 April (Hrkh) - PAS menjangkakan Umno/BN tidak akan meletak calon bagi merebut kerusi Dun Penanti yang dikosongkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairuz Khairuddin.

Presiden PAS, Dato' Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya Umno mengatakan pilihan raya kecil di Penanti membazirkan wang kerajaan, ia menggambarkan mereka telah mengaku kalah sebelum bertanding. "Maka wajarlah kemenangan diberi kepada Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tetap bersedia menghadapi pilihan raya di Dun Penanti walaupun ada desas desus yang mengatakan BN tidak akan meletakkan calon," ujarnya ketika ditemui di mesyuarat Agung PAS Kubang Kerian kali ke-35 di Sekolah Menengah Ugama Taqaddum Maarif Pasir Tumboh di sini semalam.

Menyentuh tentang propaganda media harian yang mengatakan terdapat kumpulan tertentu dalam pemlihan pimpinan PAS kali, Ustaz Abdul Hadi berkata itu adalah modal lama Umno/BN. "Saya tidak melihat pertandingan dalam PAS sebagai merebut jawatan yang melibatkan politik wang dan lobi melobi, Umno saja yang dok kalut mengatakan kita ada kumpulan tertentu.

Sebab itu saya mengatakan modal lama, dulu pun mereka kata kita ada golongan ulama bertembung dengan golongan profesional, kini golongan pro muzakarah dengan yang menentangnya, itu adalah karut," katanya.

Menurut beliau jawatan presiden dalam PAS boleh ditandingi dan beliau beranggapan ia seperti sebuah rumah yang mempunyai atap, tingkap, dinding dan tiang, sesiapa yang berada di tahap atap ia akan lebih memikul tanggungjawab sehinggakan panas dan hujan tetap utuh di atas.

Isnin, 13 April 2009

BERUBAH REBAH BERBALAH























ADUN Permaisuri, Halim Jusoh (kiri) dan Adun Paka, Zakaria @ Mohd Ariffin membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu berhubung ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai mempunyai kaitan kemelut politik di negeri itu. - Foto Rozainah Zakaria

Ahad, 12 April 2009

MASIH ANGKUH DENGAN KEKALAHAN

Lebih daripada 50 tahun pengundi Cina dan India sokong BN bila kalah Ugut dan isu perkauman dimainkan, apala nak jadi dengan UMNO ni?

Rabu, 8 April 2009

PANTUN DARI LEKIO

Pasir Panjang Pulau Pangkor
Yang Khianat rebah tesungkor

Jeti Lumut tempat nelayan
Bila rebah jangan meroyan

Dari Lumut ke kampung Sitiawan
BN hancur rakyat sudah beri amaran

Selasa, 7 April 2009

PEMIMPIN BEBAL DAN DEGIL


Buatlah apa yang patut, untuk pulih amat payah

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL P059

Keputusan P059 - Parlimen Bukit Gantang
  1. Dato Nizar Jamaluddin (PAS) : 21,860
  2. BN : 19,071
  3. Bebas : 62
  • Peratus mengundi :
  • Majoroti yang di perolehi oleh calun PAS : 2,789
  • Peratus Undi rosak :

Sumber Berita Harian

TAKBIR ALLAHHUAKHBAR



Isnin, 6 April 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

Keadaan di pintu masuk SK. Ayer Putih, petugas perayu undi PAS sedia bertugas hingga ke petang.
Hari ini dalam sejarah 7 April 2009 BN tersungkur di dua bukit.

Mereka gunakan
  • Radio yang boleh didengar seluruh negara.
  • Semua saluran TV rakyat boleh lihat dan dengar.
  • Akhbar harian.
  • Projek mee segera.
  • Ceramah dan perasmian.
  • Kehadiran Tun Dr. Mahathir.

Kenapa mereka masih kalah juga, rakyat sudah bijak membuat keputusan. Pilihlah antara dua berubah atau rebah.

Nizar mengankat tangan kepada penyokong (berada ditengah gerombolan manusia.Ust. Idris mengiringi calon PAS.

Sabtu, 4 April 2009

PILIHANRAYA KECIL - PAS DAN PKR MENANG









P059 BUKIT GANTANG
Dato Nizar Jamaluddin (PAS)

N25 BUKIT SELAMBAU
S. Manikumar (PKR)

Kenyataan dan harapan, kita tunggu 7 April 2009. Jika betul itulah sebenarnya Majoriti Rakyat mahukan.

Jumaat, 3 April 2009

P059 PARLIMEN BUKIT GANTANG



APA MEREKA KATA
  • Nizar mampu raih simpati masyarakat Cina, India - Tok Guru
  • Apa kata pengundi mengenai Nizar?
  • Masyarakat India tak mahu ketinggalan
  • BERUBAH ATAU REBAH


    Zuharman MN Apr 03, 09 6:10:45 pm

    KOTA BHARU, 3 April 2009 (Harakah) Berubah atau rebah yang menjadi inti ucapan Perdana Menteri baru pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, sebenarnya sejak awal lagi disedari rakyat.

    Berubah apabila kebebasan suara yang dipertahankan di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi direntap kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 5 Febuari lalu.
    Tanda-tanda rebah pula semakin jelas apabila BN terpaksa menggunakan seluruh tenaga birokrasi, profesor dan media sehingga 24 jam sehari menyerang Pakatan Rakyat.

    Dan akhirnya BN benar-benar rebah apabila pensyarah bidang sosiologi dan multimedia bercakap isu politik. Mereka diheret muncul di kaca televisyen bagi menggayang Pakatan.

    Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong (BBC) Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, apa yang berlaku menjelang pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu diulang tayang semula sekarang.
    "Ini jelas memperlihatkan BN mahu menang tanpa bertanding sebelum hari mengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.
    "Berdasar kepada apa yang dilapor dan diperkatakan sekarang seolah-olah calon BN bertanding seorang diri di ketiga-tiga kawasan pilihan raya tersebut.

    "Dan 7 April ini barulah lawan sebenar BN muncul. Mereka muncul bersama rakyat dan akhirnya pemenang sebenar demokrasi akan diketahui malam itu," katanya di sini.
    Beliau berkata, kegembiraan pendokong Umno dan BN yang mendapat ketua baru tidak mungkin mampu bertahan lama kerana hakim rakyat akan bertugas 7 April ini. Menurutnya teori yang dikupas profesor jemputan setiap malam dalam TV akan diterjemah rakyat Selasa ini, sama ada berpijak di alam nyata atau hanya syok sendiri Dan akhirnya akan meleburkan masa tenaga akademik terbabit. Takut-takut dilabel pelajar sebagai profesor kangkung.

    Beliau berkata, rakyat tidak perlu pandangan seorang profesor bagi membuat pilihan kerana politik sempit dan jumud yang diamalkan kerajaan sekarang telah menyemput dada mereka.

    "Prinsip demokrasi semakin kucar kacir dan kebebasan suara rakyat dinafikan. Rakyat sudah lama kenal peribadi Perdana Menteri baru dan menteri-menteri lain.
    "Dan cerita di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu serta konflik di Perak sudah lama rakyat bincang di kedai kopi," katanya.

    Menurutnya larangan kempen membabitkan isu Altantuya dan krisis politik di Perak menyebabkan rakyat tertanya-tanya, kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena dengan ketua baru yang semakin berkuasa sekarang. "Kenapa mesti ada halangan. Tidakkah ini dikatakan orang sebagai pengecut. Tentunya mesti ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Inilah yang rakyat hendak tahu," ujarnya.

    Baru-baru ini pihak polis melarang parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil menyentuh kes pembunuhan Altantuya dan istana Perak sebagai bahan berkempen.
    Zainuddin berkata, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah menghasut rakyat membenci kerajaan BN, sebaliknya tindak tanduk mereka sendiri membuatkan rakyat tambah muak.

    Rabu, 1 April 2009