Mendengar dan memerahati, harapan dan kenyataan

Sabtu, 25 April 2009

JANGAN JAJA POLITIK PERKAUMAN SEMPIT?

Oleh HASNURUL MOHAMED utusanpenang@utusan.com.my
BUKIT MERTAJAM 18 April 2009 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah mahu pakatan pembangkang berhenti menjaja sentimen perkauman sebagai bahan kempen terutama pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti nanti.

Arif Shah berkata, ‘permainan’ seperti itu akan hanya membangkitkan perasaan benci-membenci antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Katanya, difahamkan ada pihak mengeluarkan buku mengenai kejadian 13 Mei dan jika buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, ia pasti mengundang keburukan. “Saya bimbang sekiranya buku itu disalah tafsir dalam bahasa Cina, ia akan memainkan sentimen dendam pula.

“Kalau kita berkempen, biarlah secara tertib dan apa yang dijanjikan kepada rakyat, kotakanlah,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Kebajikan Bersama Warga Emas Lelaki dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bertemakan Ekspedisi Ke Cameron Highlands anjuran Pusat Khidmat dan Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat Pulau Pinang di Pusat Khidmat ADUN Seberang Jaya di sini hari ini.

Arif juga berpendapat, pakatan pembangkang sebenarnya tidak menghormati pilihan pengundi kerana mudah menukar dan menerima penarikan diri wakil-wakil rakyat yang bertanding atas tiket PKR.

Arif yang berpengalaman sebagai seorang wakil rakyat berkata, menjadi tugas dan tanggung jawab wakil rakyat yang dipilih oleh para pengundi bekerja untuk rakyat dan bukannya untuk diri sendiri.

Arkib video forum Dato Nizar : Politik perkauman sempit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan