Mendengar dan memerahati, harapan dan kenyataan

Sabtu, 4 April 2009

PILIHANRAYA KECIL - PAS DAN PKR MENANG









P059 BUKIT GANTANG
Dato Nizar Jamaluddin (PAS)

N25 BUKIT SELAMBAU
S. Manikumar (PKR)

Kenyataan dan harapan, kita tunggu 7 April 2009. Jika betul itulah sebenarnya Majoriti Rakyat mahukan.

Jumaat, 3 April 2009

P059 PARLIMEN BUKIT GANTANG



APA MEREKA KATA
  • Nizar mampu raih simpati masyarakat Cina, India - Tok Guru
  • Apa kata pengundi mengenai Nizar?
  • Masyarakat India tak mahu ketinggalan
  • BERUBAH ATAU REBAH


    Zuharman MN Apr 03, 09 6:10:45 pm

    KOTA BHARU, 3 April 2009 (Harakah) Berubah atau rebah yang menjadi inti ucapan Perdana Menteri baru pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, sebenarnya sejak awal lagi disedari rakyat.

    Berubah apabila kebebasan suara yang dipertahankan di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi direntap kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 5 Febuari lalu.
    Tanda-tanda rebah pula semakin jelas apabila BN terpaksa menggunakan seluruh tenaga birokrasi, profesor dan media sehingga 24 jam sehari menyerang Pakatan Rakyat.

    Dan akhirnya BN benar-benar rebah apabila pensyarah bidang sosiologi dan multimedia bercakap isu politik. Mereka diheret muncul di kaca televisyen bagi menggayang Pakatan.

    Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong (BBC) Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, apa yang berlaku menjelang pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu diulang tayang semula sekarang.
    "Ini jelas memperlihatkan BN mahu menang tanpa bertanding sebelum hari mengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.
    "Berdasar kepada apa yang dilapor dan diperkatakan sekarang seolah-olah calon BN bertanding seorang diri di ketiga-tiga kawasan pilihan raya tersebut.

    "Dan 7 April ini barulah lawan sebenar BN muncul. Mereka muncul bersama rakyat dan akhirnya pemenang sebenar demokrasi akan diketahui malam itu," katanya di sini.
    Beliau berkata, kegembiraan pendokong Umno dan BN yang mendapat ketua baru tidak mungkin mampu bertahan lama kerana hakim rakyat akan bertugas 7 April ini. Menurutnya teori yang dikupas profesor jemputan setiap malam dalam TV akan diterjemah rakyat Selasa ini, sama ada berpijak di alam nyata atau hanya syok sendiri Dan akhirnya akan meleburkan masa tenaga akademik terbabit. Takut-takut dilabel pelajar sebagai profesor kangkung.

    Beliau berkata, rakyat tidak perlu pandangan seorang profesor bagi membuat pilihan kerana politik sempit dan jumud yang diamalkan kerajaan sekarang telah menyemput dada mereka.

    "Prinsip demokrasi semakin kucar kacir dan kebebasan suara rakyat dinafikan. Rakyat sudah lama kenal peribadi Perdana Menteri baru dan menteri-menteri lain.
    "Dan cerita di sebalik pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu serta konflik di Perak sudah lama rakyat bincang di kedai kopi," katanya.

    Menurutnya larangan kempen membabitkan isu Altantuya dan krisis politik di Perak menyebabkan rakyat tertanya-tanya, kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena dengan ketua baru yang semakin berkuasa sekarang. "Kenapa mesti ada halangan. Tidakkah ini dikatakan orang sebagai pengecut. Tentunya mesti ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Inilah yang rakyat hendak tahu," ujarnya.

    Baru-baru ini pihak polis melarang parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil menyentuh kes pembunuhan Altantuya dan istana Perak sebagai bahan berkempen.
    Zainuddin berkata, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah menghasut rakyat membenci kerajaan BN, sebaliknya tindak tanduk mereka sendiri membuatkan rakyat tambah muak.

    Rabu, 1 April 2009

    Selasa, 31 Mac 2009

    RAKYAT PAKAT HUMBAN BN DALAM GAUNG

    Amat payah untuk BN dapat menguasi dua bukit yang menjadi idaman mereka. Dalam tinjuan rambang yang dibuat terhadap orang ramai yang ditemuai mereka memilih untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

    Mereka berpendapat Parlimen Bukit Gantang bakal dimenangi oleh calun PAS YB Dato Nizar Jamaluddin dengan majoriti yang lebih besar.

    Manakala calun bagi DUN Bukit Selambau bakal dimenangi oleh S. Manikumar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau adalah seorang ahli perniagaan dan masih muda dan berumur 35 tahun.

    Pembuangan undi dua bukit bakal diadakan serentak iaitu pada 7 April 2009. Jangan lupa tunaikan kewajiban anda, semogga kita berjaya dan kepada semua petugas-petugas dan penyokong kami ucapkan syabas dan terima kasih.

    Beri salah, tak beri kalah keduanya serba salah
    7 April Rakyat pakat senyum dan terus belasah. Pastikan mereka akan terus kalah.

    Sabtu, 14 Mac 2009

    IMEJ UMNO SEMAKIN BURUK

    Kuala Lumpur 13 Mac 2009 - Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk " Umno corrupt, says survey".

    Di dalam tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 yang ditemuramah itu, masa depan Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi. Hanya satu peratus yang ditemuramah berbangsa Cina dan tiga peratus yang ditemuramah berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.


    Lebih buruk lagi, tidak ada seorang pun yang ditemuramah berbangsa Cina yang percaya Umno akan melaksana dan menunaikan janjinya walaupun satu peratus di kalangan mereka yang menaruh harapan kepada Umno untuk membangunkan negara ini. Tinjauan pendapat itu juga jelas memperlihatkan imej Umno semakin buruk.


    Khamis, 12 Mac 2009

    NAJIB PERLU SELESAIKAN POLITIK PERAK

    Lanjusoh Thu Mar 12, 09 12:53:19 pm
    Kota Bharu, 12 Mac 2009 (Harakah) - Dato' Seri Najib Razak wajar menterjemahkan saranannya yang mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik supaya terlebih dahulu memulihkan kegawatan politik di Perak.

    Ini kerana Timbalan Perdana Menteri itu dilihat banyak pihak sebagai orang yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di luar lunas demokrasi. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin terbabit perlu mempamerkan keikhlasannya bagi meredakan kecamukan politik di Perak dengan memohon kepada istana supaya dibubar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.


    Katanya, tiada cara lain lagi dalam situasi sekarang di Perak kerana pertembungan menggunakan undang-undang tidak boleh memuaskan hati semua pihak melainkan dikembalikan semula mandat kepada rakyat. "Saya hairan kerana banyak pihak menunding jari ke arah Timbalan Perdana Menteri sebagai pencetus kepada krisis yang berlaku di Perak sekarang.


    "Jadi bagaimana dengan mudah beliau mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik bagi memberi fokus kepada perkembangan ekonomi dan rakyat," katanya di sini. Semalam Najib dilaporkan mengajak Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik untuk bersama-sama kerajaan persekutuan memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat.


    Beliau mengajak semua pihak supaya berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, biarpun ucapan Menteri Kewangan ketika membentang mini bajet kelmarin kelihatan bernas, namun pemulihan politik di Perak patut menjadi keutamaan kerana ia turut memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.


    Menurutnya juga peruntukan yang disediakan bagi merangsangkan ekonomi negara begitu besar dan ia perlu digunakan secara telus dengan mengamalkan tender terbuka dan bukannya mengutamakan kroni. "Semua tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka, berasaskan merit, dan track record syarikat yang diberi kontrak kerajaan bagi memastikan ia mendatangkan manfaat kepada rakyat dan bukan segelintir pihak sahaja," katanya.


    Mengenai bon syariat yang diumumkan dalam mini bajet tersebut bagi memperkasakan ekonomi Islam, kata beliau sepatutnya kerajaan melihat dalam konteks yang lebih luas mencakupi akidah Islam. "Apa salahnya selain tumpuan kepada ekonomi Islam, kerajaan pusat juga mengutamakan akidah Islam sebagai dasar bagi memulihkan seluruh sistem dalam masyarakat termasuk aspek sosial dan keadilan di Malaysia," katanya.


    Menurut beliau titik pertemuan tiga bangsa utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India hanya dapat disatukan melalui akidah dan syariat Islam. Kata beliau sekiranya kerajaan sukar untuk melihat contoh pelaksanaan pentadbiran berasaskan Islam, modelnya sudah ada di Kelantan sekarang.


    Antaranya penghapusan judi, larangan hiburan melampau, sistem pajak gadai Islam (al Rahn), bantuan Ladang Rakyat, skim Takaful Armalah dan Takaful Kifaalah sudah dilaksana di Kelantan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, program kebajikan itu diterima semua kaum di negeri ini.


    Katanya juga Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah mengagungkan sesuatu bangsa melainkan menjadikan Islam sebagai teras kepada perpaduan nasional dan keadilan sejagat.


    Arkib ucapan pemimpin : Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat - Kerajaan haram di Perak