Mendengar dan memerahati, harapan dan kenyataan

Selasa, 9 Jun 2009

UMNO LEMBAB, PAS MULAI KEMPEN


Seorang pemimpin Umno bahagian Kuala Krai mendakwa jentera piliharayanya "belum melakukan sebarang kerja" bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, 14 Julai ini.

Seorang ahli jawatankuasa bahagian yang enggan dikenali berkata, pucuk pimpinan parti sebaliknya lebih gemar mengadakan mesyuarat sejak kematian penyandang kerusi tersebut Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.“Kalau tidak silap, sudah adakan mesyuarat sebanyak 14 kali tetapi kerja belum buat lagi."Kita masih bercakap mengenai rumah sewa mahal dan wang ringgit untuk perbelanjaan pilihanraya Manek Urai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Orang Umno ini suka membuat kerja pada saat-saat akhir, tidak macam orang PAS kerja tidak mengira waktu."Beliau berkata, jentera pilihnaraya PAS dari seluruh negara sudah datang ke Manek Urai sejak beberapa minggu lalu."Mereka terus pergi ke kawasan-kawasan kuat PAS berjumpa orang kampung memujuk supaya terus mengundi PAS."Yang lain pula datang memberi bantuan kepada PAS Manek Urai untuk menghadapi pilihanraya ini," katanya.

Sementara itu, bekas ADUN BN Manek Urai, Mohd Zulkipli Omar menegaskan kembali bahawa BN memerlukan calon seperti Ismail, juga dikenali Pak Su Wel, untuk menang dalam pilihanraya kecil itu."Pak Su Wel wakil rakyat orang kampung, boleh bersila atas lantai di rumah orang kampung," katanya."Umno kena cari Pak Su Wel, baru boleh menang di Manek Urai. Kalau tiada, Umno tidak akan menang."

Sumber : Malaysiakini

Rabu, 3 Jun 2009

MUKTAMAR PAS KE55

SILA KLIK DISINI : MUKTAMAR PAS KE 55 LIVE

PELAKON POLITIK BERTUKAR WAJAH

Kuala Krai, 3 Jun 2009 - Biasanya orang yang berlakon drama atau filem digelar sebagai artis. Tetapi jarang pula orang melihat pemimpin politik juga pandai berlakon.

Bukannya sekadar Joseph Estrada atau Ronald Reagen yang pandai berlakon, tetapi di Malaysia juga pelakon-pelakon politik akan muncul setiap kali menjelang pilihan raya diadakan.

Kalau ketika kempen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005, Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional ketika itu, Dato' Seri Najib Razak memakai kain sarung menemui penduduk. Dan kali ini menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai lakonan serupa diulang kembali.

Pelakonnya sekarang iaitu Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dipaparkan gambar sedang menoreh getah milik seorang penduduk di Bukit Budu. Pengerusi Perhubugan KeADILan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, menjelang pilihan raya kecil di Manek Urai sekarang, ramai pemimpin tampil dengan lakonan tersendiri.

"Mengapa sekarang tiba-tiba mahu berlakon menoreh getah dan tidur di rumah penyokong Umno di beberapa kampung di Manek Urai. Sedangkan sebelum ini penduduk miskin dibiarkan. "Kalau hendak berlakon di zaman belum ada media baru mungkin orang boleh terima. tetapi sekarang rakyat di kampung sudah pandai SMS dan tengok internet," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini memaparkan gambar Ketua Penerangan Umno sedang menoreh getah di milik kebun milik seorang penduduk, Ibrahim Omar di Kampung Budu, Lata Rek. Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, lakonan bermusim sering kali dipamerkan pemimpin Umno tidak mudah mempengaruhi rakyat.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pemimpin Umno terkenal dengan gimik politik yang bersifat sementara setiap kali berlangsung pilihan raya. Katanya, pemimpin Umno sanggup menukar imej ketika berada di kampung dengan memakai kain sarung berjumpa penduduk di kedai-kedai kopi.

Sedangkan katanya, ketika rakyat hendak menemui mereka di Kuala Lumpur begitu sukar sekali sehingga terpaksa membuat temu janji berkali-kali. Sementara itu PAS akan menganjurkan ceramah di Kampung Peria malam ini dijangka dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan anggota Majlis Tertinggi KeADILan, N Gobalakrishnan.
Sumber : Lanjusoh Wed Jun 03, 09 (Harakahdaily)

Sabtu, 30 Mei 2009

BN SEKARANG 2X5 DENGAN PKM DULU

Pualau Pinang,28 Mei 2009 - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.
"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang.
Kedua-duanya sama saja."Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.
"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana."Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk memilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
(Siasahdaily)
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di
8:14 AM

2 ulasan:
Tanpa Nama berkata...
BN ZALIM,KELUARGA SAYAPUN KENA. BAGI YG XKENA MEMANGLE DEPE PUJI BN TAPI KALAU KENADAH MCM FAMLI SAYA TOBATLAHOBLAH. SAYA DAH HARAMKAN BN MASUK DALAM HATINI DAN FAMLI. PIIIIIIRAH BN
5/30/2009 6:07 PM

muhamad shukor berkata...
doakan kemenangan PR di Penanti..Aminnn...
5/30/2009 6:49 PM

Sabtu, 23 Mei 2009

HARI INI DALAM SEJARAH


Penanti. 23 Mei 2009 - UMNO/BN tidak bertanding pada pilihanraya kecil kali ini bagi menentang Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) dengan alasan membazirkan wang rakyat.
Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia Parti pemerentah tidak meletakkan calunnya. Sekiranya mereka boleh menang BN akan bermati-matian akan bertanding.