
UMNO kata
Mereka juga boleh kata
- Pemuda Umno disifatkan khianat, amal politik longkang
- Umno cukup takut berdepan mahkamah rakyat di Perak
- Sejarah Umno khianat Raja-raja Melayu tidak boleh dipadamkan - MB
KUALA LUMPUR, 27 Feb. 2009 (Harakah) - Kesemua 22 anggota Pemuda Umno yang terbabit mengepung Pengerusi DAP Karpal Singh di Parlimen semalam dilaporkan telah ditahan oleh polis Bukit Aman.
YB Karpal Sing diserang di Parlimen oleh Pemuda UMNO.
Pokok Sena 26 Feb. 2009 - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno kini cuba menjadi jaguh kononnya mempertahankan Raja-raja Melayu dan cuba menggambarkan PAS sebagai menentang sedangkan Umno mempunyai sejarah pengkhianatan mereka kepada Raja-raja Melayu.
Beliau menyatakan dalam ceramahnya sempena ucapan perasmian Ekspo Pertanian Dan Produk Halal anjuran PAS Kawasan Pokok Sena di Kompleks PAS Pokok Sena Jalan Langgar pada 25 Febuari bermula jam 9.00 malam. Turut berceramah ialah Dato Mahfuz Omar Ahli Parliman Pokok Sena dan YB Saifuddin Nasution Ahli Parlimen Macang Kelantan.
Terbaru, dalam laporan Buletin Utama TV3 pada 25 Februari lalu, Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mengumumkan untuk membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dengan tuduhan menghina Tuanku Sultan Kedah berdasarkan satu surat layang.
Di akhir ucapan beliau menyeru kepada rakyat Kedah supaya bersabar dan berhati-hati dengan tindakan UMNO untuk menghilangkan keyakinan rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Dengan lafaz Bismillah beliau merasmikan Ekspo yang mana ia bermula pada 25 Febuari dan berakhir pada 28 Febuari 2009.
KUALA LUMPUR, 26 Feb. 2009 (Harakah) - "Ikatan Pakatan Rakyat cukup padu tetapi cuba dirungkai oleh sekumpulan pihak yang mempunyai kepentingan politik murahan."
Sementara itu, menyentuh mengenai isu Exco Pelancongan,Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar,Elizabeth Wong,katanya, beliau menghargai kepercayaan yang diberikan oleh baginda Sultan Selangor,Tuanku Sharafuddin Idris Shah.
KOTA BAHARU 25 Feb. — Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menafikan dirinya telah diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang digunakan sekarang.
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.
"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik. Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan. 
Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Cawangan Changkat Iboi, Ibrahim Ahmad, 62, berkata, dia kesal apabila masjid sering dijadikan tempat untuk menyerang' peribadi orang lain. ''Imam masjid pun dilantik dari kalangan orang luar, bila berlaku perkara-perkara yang memerlukan nasihat tertentu, dia tak ada," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka.
1. Waktu saya kecik lebih kurang 70 tahun dahulu saya sering jumpa orang ulu (bukan suku kaum Sarawak), tapi orang ulu Kedah.4. Di sekolah Inggeris ramai juga anak orang ulu belajar bersama saya. Mula kekok sikit tetapi cepat faham dan guna bahasa Inggeris. Nampak tak bodoh sangat orang ulu ini. Kadang-kadang lulusan lebih baik daripada anak orang pekan.