Mendengar dan memerahati, harapan dan kenyataan

Sabtu, 9 Mei 2009

TEPAT DAN BETUL


Saya tidak akan berterima kasih’

Taiping 9 Mei 2009 – ‘‘Minta maaf, saya tidak akan berterima kasih kepada kerajaan,’’ kata pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar sebaik dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting di sini, hari ini.
Beliau yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Disember 2007 mendakwa, penahanannya di bawah akta itu dibuat tidak mengikut undang-undang.
Sehubungan itu, dakwa penasihat undang-undang pertubuhan haram itu, tiada sebab dia perlu berterima kasih kerana tidak melakukan kesalahan. “Saya berterima kasih kepada penyokong-penyokong dan isteri saya tapi minta maaf, saya tidak akan berterima kasih kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita yang telah menunggunya sejak pukul 11 pagi di Kem Tahanan Kamunting dekat sini hari ini. Berbeza dengan dua lagi pemimpin Hindraf yang turut dibebaskan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Shah Alam, M. Manoharan, 48 dan K. Vasantha Kumar, 36, keadaan Uthayakumar kelihatan tidak terurus.

Ditanya keadaannya itu, Uthayakumar berkata, beliau sengaja tidak menyikat rambut dan janggut serta dibiarkan panjang sebagai tanda protes terhadap ISA.
Sementara itu, Uthayakumar mendakwa, pihak polis bertindak kasar terhadapnya apabila beliau menolak untuk menandatangani surat yang mengandungi syarat-syarat pembebasan.

Lepas seminggu ugut nak letak jawatan

(Sumber : Utusan Malaysia Oleh Siti Mariam Md. Zain)


‘‘Dulu PPSMI, kini ISA.” Itulah seloroh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein apabila diminta menggambarkan tanggungjawab barunya sebagai Menteri Dalam Negeri setelah sekian lama menjadi Menteri Pelajaran.

‘‘Ini akan saya laksanakan tanpa rasa gusar dan bimbang kerana ia adalah pegangan hidup saya,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan